Thursday, October 26, 2017

Final Year Project / FYP (UiTM)

Assalamualaikum. Another day another post. 👍


So today I will be talking about Final Year Project (FYP). This post might be extremely (?) useful to *pftt*

❤UiTM Students
❤Course :Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Biologi
❤Campus : UiTM Perlis

untuk uni or course yang lain pun boleh je baca.

Waktu aku first semester in degree, sedikit pun aku tak tahu what is this FYP guy. Bila search tak jumpa. Because I came from asasi and we were not exposed to this thing specifically. Yang tahu waktu asasi lecturer kata, nanti sambung degree kena buat thesis (untuk certain courses) and at that time aku hanya tahu thesis is you have to write a book. And waktu tu excited la. omgee nanti aku jadi writer ke? boleh jual tak buku tu? *hell bengong gila waktu tu*. sokay people learns new things when they grew older. Wow *tangan dibahu mata ke atas*. So this post is dedicated to those who were in the same boat with me. The What-The-Hell-Is-FYP? boat

Students yang dari diploma mostly dah very well aware about FYP sebab ada certain courses akan buat FYP on the last semester (kot. I'm not sure) tetapi secara berkumpulan (from what my senior told me). Ini kalau UiTM la. *uitm dihatiku*. Universiti lain hamba tak tahu. Ampun. 

Final Year Project / Research project / Projek Akhir Tahun / Projek Sarjana Muda is an academic research with scientific approach within the area of specialization and also as part of the courses requirements. It gives opportunities to students to conduct a research on their chosen subject, test their ability to overcome problem, to work within a limited resources and many more. Ok semua ni ambil dekat website. Tak kuasa nak karang sendiri aih. Kalau supervisor tengok mesti dia tanya citation mana? *lari*. Dalam bahasa mudahnya, kita kena conduct research individually (with the help of supervisor). propose title, conduct experiment sorang-sorang, dapat result, interpret the result and conclude, tulis report setebal 1cm. Senang kan? *liar*

Fyp terbahagi kepada dua bahagian which are Research Project I and Research Project II (as stated in the course outline) tapi mostly student pakai term FYP1/Proposal and FYP2 and will be taken by student for 2 semester. As for me semester 5 : FYP1, semester 6 : FYP2. Course lain pun  macam ini juga. 

Step 1 : Supervisor

At the end of semester 4 or earlier than that pun dah boleh start approach lecturer untuk dijadikan supervisor fyp korang. Ada juga course yang SV nya ditetapkan oleh penyelaras. So yang ni tiada pilihan kena ikut la. Ada banyak jenis helah student bila nak pilih supervisor. 

Type 1 : Asalkan aku rapat dan selesa dengan lecturer tu aku tak kisah nak buat tajuk apa pun.
Type 2 : Aku nak buat tajuk entomology so aku kena approach lecturer A sebab dia master in entomology.
Type 3 : Mana-mana lecturer pun aku boleh. Tajuk pun tak kisah, (yang ni aku)

Lets say dah dapat supervisor. Kalau dah kenal lecturer or maybe lecturer tu pernah mengajar korang, then its okay la at least dah tahu style dia macam mana kan. Tapi ada ja lecturer dalam kelas ramah tapi bila dengan student fyp dia garang dan ada juga yang sebaliknya. Kalau supervisor tu korang first time kenal dia, mungkin kena berhati-hati sikit, or tanya student lain yang pernah diajar oleh lecturer itu as in beliau orang yang bagaimana (macam kes aku. hihihi berdebar bukan main first time nak jumpa). 

How to ask lecturer to become your SV?
👍 Ask during office hour only
👍 Ask nicely with manner
👍 Always end you message with Thank you (ni lecturer aku pesan)
👍 kalau rasa dah ada idea nak buat research on apa boleh tulis sekali waktu mesej
👍 sample ayat : 
"Assalamualaikum Dr/Prof/Madam/Miss/Sir (nama pensyarah), My name is (nama) from (course) would like to do my FYP with you on (research title generally. Eg : plant disease/antioxidant/entomology etc) . I look forward to your reply. Thank you Dr/Prof/Madam/Miss/Sir."
Antara reply yang akan anda dapat

"Meet me at my office 2pm" 
"The title is not my major, you should try contact (suggesting other lecturer)"
"Sorry, I already have fyp student under me"

Ok. Reply dekat atas ni semua yang aku dapat waktu approach lecturer dulu.

Step 2 : Title

First meeting selalunya SV akan tanya on title. whether you dah ada idea nak buat research on apa. First case, kalau dah ada idea nak buat apa, boleh la suarakan pendapat, and SV akan pertimbangkan. Kalau dia kata research yang korang nak buat tu lain sikit bidang dari dia, Co-Supervisor akan di assign (korang kena cari sendiri atau suggestion dari SV sendiri). Second case is when korang tak ada idea nak buat apa so SV akan bagi title. Macam aku haritu teringin nak buat plant disease (general sangat), so in the end SV yang bagi tajuk in the same field.

Step 3 : Writing Proposal

Dari tingkatan 1 lagi cikgu sains dah ajar cara nak tulis lab report. Ada introduction, method, result, discussion and conclusion. Walaupun mostly dah disajikan dalam buku, kau tinggal tukar ayat present jadi past tense je. Result and Discussion pun waktu tu macam isi tempat kosong je. 

Untuk FYP1, you have to write Chapter 1 : Introduction, Chapter 2 : Literature review and Chapter 3 : Method based on research title. Untuk setiap satu tu kalau nak terang memang tak habis lah cerita dia. Lecturer in charge on fyp or penyelaras akan brief macam mana nak tulis, format, pemarkahan etc. Cuma generally kena baca and study banyak journal untuk letak dalam each chapter. Search engine untuk cari journal yang aku selalu guna are ScienceDirect (UiTM student boleh cek dekat library website) and GoogleScholar. 

Dah siap each chapter, ulang alik la jumpa SV tanya mana salah, nak kena tambah apa lagi and many more. Waktu ni kena banyak bersabar la. Ditemani pulak dengan assignment, test, quiz and lab report lagi. You have a whole semester to finish this, tapi kalau dapat siap awal dan dapat approval SV memang aku respect betul la. 

Bila dah siap, kena hantar a copy of the proposal dekat SV dan Internal Examiner/IE (di assign oleh penyelaras) untuk pemarkahan. Pemarkahan untuk Proposal datang dari SV, IE dan VIVA (rasanya ni je) cuma tak sure percentage contribution for each.

Step 4 : VIVA 1 (🔈vai-va, not perodua viva)

Verbal defence of your thesis or in simpler word presentation lah. Apa yang dah ditulis dalam proposal tu, write balik in the form of slide presentation (Powerpoint/Prezi etc) ataupun other courses ada yang buat poster depend on penyelaras. Ada juga course yang paling bertuah tak ada viva pun untuk FYP1/Proposal *jeles gilaa waktu tu*. Aku rasa, ini part paling nervous. Satu sebab present sorang-sorang, kedua sebab depan panel-panel walaupun panel tu mostly lecturer yang kita dah kenal tapi still nervous. They can ask *or attack* you with tons of question regarding your proposed research title. Tambah kalau dapat panel yang suka tanya macam-macam. Wow bukan setakat tegak bulu roma, gugur terus bulu-bulu. 

Tips VIVA
👍 Slide presentation jangan fancy. Kalau boleh biar background putih tulisan hitam. (lecturer aku pesan banyak kali dulu) tak perlu warna warni. Tulisan besar.
👍 Tak perlu banyak ayat. Kalau masa mengizinkan explain. Kalau tak, just sebut general je. Boleh explain detail kalau panel tanya waktu Q&A 
👍 Sebelum viva make sure dah timing masa present berapa lama supaya tak lebih masa. Dapat panel strict dia bagi kosong part punctuality kalau present lebih dari masa yang ditetapkan.
👍 Do not argue with panel. Answer nicely. (eg : I will consider your suggestion and discuss it with my SV later)
👍 Suara kena jelas. Bukan menjerit.
👍 Pakaian. Perempuan baju kurung (jangan ketat), lelaki kemeja (jangan ketat nak tunjuk muscle dan jangan lipat lengan kemeja ke siku). Kasut bertutup. 
👍 Smile moderately. Jangan terlampau banyak senyum *gila ke?*

Kenapa proposal?
Sebab kita melamar *google translate detected*. Mencadangkan to be specific. Waktu viva la panel akan soalkan sesuai ke tidak buat tajuk tu, method tu boleh pakai ke tidak. Kadang-kadang bila kita buat, kita tak perasan salah kita. Tapi bila orang lain tengok, dia tengok dari perspektif yang berbeza. So, hidup kena chill *cupcake aisyah fan here*. Bila nak proceed ke FYP2 boleh la diambil kira cadangan-cadangan panel-panel. Above all, they are expert in this field.

Ok dah complete FYP 1/ Proposal

FYP2 sambung next post Part 2. Tak larat nak taip panjang-panjang ni. 

Click here for Part 2

No comments:

Post a Comment